Kekeliruan memahami istilah Melayu dan rumpun Melayu adalah antara sebab mengapa timbulnya anggapan ini. Sebelum perbahasan menjadi meleret, perlu ada fokus, iaitu menyelesaikan masalah takrif Melayu dan rumpun itu dulu.
Ada sebilangan etnik lain di Sabah dan Sarawak tidak suka dikaitkan dengan Melayu sebab menggunakan bahasa yang berlainan. Apabila dikatakan Sabah dan Sarawak itu Tanah Melayu juga, ada yang marah malah mengatakan Melayu itu pendatang. Sebelum menyelesaikan isu Melayu itu pendatang atau tidak, kita fokuskan dulu kenapa rantau ini dikenali sebagai rantau Melayu sejak dari dulu.
Rujukan:
1.https://www.bharian.com.my/node/41009 http://plm.org.my/wrdp1/?p=3548
Asal usul Melayu
2. https://www.thepatriots.asia/bagaimana-orang-melayu-mendapat-namanya/
3. https://www.thepatriots.asia/kognat-bahasa-austronesia-satu-perbandingan-yang-luas/
4. https://www.academia.edu/30250812/Karl_Anderbeck_-_The_Malayic-speaking_Orang_Laut_Dialects_and_directions_for_research?auto=download
5. https://www.facebook.com/notes/kelab-melayu-pulau-pinang/asal-usul-bangsa-melayu/10151646777777408/
6. http://art-mohamad.blogspot.com/2018/01/mencari-melayu-di-filipina.html
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_di_Filipina
8. https://www.thepatriots.asia/orang-melayu-juga-pribumi-di-borneo-kritikan-ke-atas-vlogger-adamshammil/
9.
Nama Kota Tinggi mengambil sempena pembinaan lapan buah kota pertahanan oleh sultan-sultan Johor sepanjang persisiran Sungai Johor, iaitu
1. Kota Kara (1529)
2. Kota Sayong (1536)
3. Kota Batu (1540)
4. Kota Seluyut (1564)
5. Kota Batu Sawar (1587)
6. Kota Touhid (1623)
7. Kota Tinggi (1685)
8. Kota Panchor (1716)
Sejarawan tempatan bersetuju bahawa dengan mengambil nama sempena pembinaan 'Kota-kota' pertahanan yang semuanya terletak di 'Tanah Tinggi' itu membuatkan nama Kota Tinggi tersurat sebagai nama daerah ini sehingga sekarang.
1. Kota Kara (1529)
Dari Pahang Sultan Mahmud Shah l dan Sultan Ahmad beserta para peembesar telah berpindah ke Pulau Bintan , membuka penempatan , membina istana dan kota dinamakan "Kota Kara".
Sewaktu dalam di Bintan, Sultan Mahmud dan
para pengikutnya telah membina sejenis pertahanan yang dinamakan Kota Kara. Ianya dipercayai adalah sejenis kubu pertahanan sementara yang dibina dalam
keadaan perang. Ia dibina daripada pancangan kayu-kayu keras ataupun mampatan
tanah dan batu.
Armada Portugis yang dipimpin oleh Admiral Mascarenhas dengan 20 buah kapal membawa 550 orang Portugis dan 600 orang Melayu telah berjaya memyerang Kota Kara yang dipertahankan oleh orang-orang Sultan Mahmud di bawah Sang Setia dan Laksamana Hang Nadim pada 23 Oktober 1526. Menurut RO Winstedt, armada Portugis memerlukan empat belas hari sebelum Kota itu dapat dilumpuhkan.
2. Kota Sayong (1536)
Makam Kota Sayong terletak kira-kira 7 km dari Bandar Tenggara. Makam Kota Sayong bermula dari Kota Sayong yang menjadi pusat pemerintahan yang ketiga antara tahun 1535-1540.
Pada tahun 1535, Armada Portugis di bawah pimpinan Estavo De Gama telah menyerang Pekan Tua dan baginda terpaksa berundur ke Sayong. Semenjak itu, Sultan Alauddin Riayat Shah menjadikan Sayong sebagai Pusat Pentadbiran.
Pada tahun 1536, Portugis menyerang Kota Sayong dan berakhir dengan pemetrian Perjanjian Damai di antara kedua-dua belah pihak. Selepas Sultan Alauddin berjaya menawan Aru dan Acheh pada tahun 1540, baginda telah meninggalkan Kota Sayong dan memindahkan semula pusat pemerintahannya ke Kota Batu (Kota Tua-Johor Lama).
Lagenda Badang Kota Sayong
Di sinilah permulaan kawasan kehidupan lagenda seorang manusia
yang mempunyai kekuatan luar biasa, iaitu 'Badang' yang memakan muntah
hantu air yang kerapkali mencuri ikan-ikan di dalam lukah atau perangkap
ikan yang dipasang oleh Badang di sekitar kawasan Sungai Sayong .
Badang dilahirkan di Sayong Pinang, bukannya yang diketahui telah lahir
di Singapura atau Temasik. Badang telah ditentang oleh Seri Wira Kerma
dari Temasik kerana mengetahui Badang memiliki keluarbiasaan yang aneh.
3. Kota Batu (1540)
Ianya terletak di atas tebing muara Sungai Johor di kawasan Teluk Sengat. Iaitu kira-kira 30 km dari bandar Kota Tinggi. Di sinilah pada suatu masa dahulu (1540) terletaknya sebuah kota yang diberi nama Kota Batu.
Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor ke dua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak ditepi Sungai Johor. Baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat hingga mematahkan serangan Acheh beberapa kali. Sultan Alaudin Riayat Shah II akhirnya tewas juga ditangan Acheh di bawah Sultan Alaudin Riayat Shah Al-Qahhar di dalam satu peperangan yang sengit. Kota Johor
Kota ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran negeri Johor. Ianya juga menjadi pusat perdagangan penting dan mencapai kemuncak kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1574-1587) sehinggakan pelabuhan Melaka yang dikuasai Portugis ketika itu terjejas. Ini antara punca kota ini diserang dan dimusnahkan oleh Portugis.
4. Kota Seluyut (1564)
Di Kota Seluyut terdapat makam Sultan Muzaffar Shah, makam Bendahara Tun Isap Misai dan juga merupakan tempat kelahiran Tun Seri Lanang.
Bukit Seluyut pernah menjadi Pusat Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1564-1570) iaitu Sultan Johor ketiga. Di sinilah juga Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang iaitu pengarang buku Sejarah Melayu dilahirkan. Istana sultan dibina di atas Bukit Seluyut yang tingginya kira-kira 204 kaki dengan tujuan supaya mudah mengawasi pergerakan kapal di Sungai Johor.
Pusat pemerintahan di Bukit Seluyut hanya bertahan selama tujuh tahun sahaja kerana Sultan Ali Jalla iaitu Sultan Johor keempat telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Tanah Putih.
5. Kota Batu Sawar (1587)
Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri.
Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".
Pada 7.5.1613, Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Batu Sawar, Johor. Serangan ini telah dilakukan kerana kerajaan Acheh tidak menyetujui persahabatan Johor dengan Portugis .
Angkatan Perang Acheh yang menyerang Batu Sawar dan telah berperang selama 29 hari sebelum berjaya menawannya. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama-sama adinda baginda, Raja Abdullah serta Bendahara Tun Seri Lanang telah ditawan dan dibawa ke negeri Acheh.
Setelah hampir satu tahun di Acheh, baginda telah dilepaskan balik ke negeri Johor setelah berjanji dengan Sultan Acheh akan membantu Acheh di dalam peperangan melawan orang-orang Belanda.
Dalam bulan November 1615, Sultan Iskandar Muda telah menghantar satu angkatan perang yang besar dan menyerang sekali lagi negeri Johor. Bandar Batu Sawar telah dimusnahkan. Sultan Alauddin telah dapat ditawan oleh askar-askar Aceh dan di bawa balik ke Acheh lalu dihukum bunuh.
6. Kota Touhid (1623)
Kota Touhid pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor sebanyak
dua kali iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III
(1623-1677) dan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718).
Sultan Abdul Jalil Syah III ialah sultan
yang bertanggungjawab membuka Kota Touhid pada tahun 1623 dan memerintah
di situ dari tahun 1623 hingga 1677.
7. Kota Tinggi (1685)
Dari segi sebutan, tarikh paling awal nama Kota Tinggi disebut adalah
merujuk semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685-1699).
Sementara itu, tarikh Sultan Mahmud Syah II mula menjadikan Kota Tinggi
sebagai pusat pemerintahan adalah pada tahun 1688, iaitu apabila baginda
dibawa berpindah dari Riau ke Kota Tinggi.
Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".
8. Kota Panchor (1716)
Kota Panchor dipercayai dibina oleh Sultan Abdul Jalil IV, Kota ini terletak di atas tanah tinggi, terdapat kesan banteng lama disekeliling bukit yang mengadap arah sungai Johor. Warisan sejarah yang masih ada ialah makam Sultan Abdul Jalil dengan batu nesan Acheh, perigi lama dan bekas tapak istana.
Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".
Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara
Tetapi sejarawan tempatan bersetuju bahawa, nama Kota Tinggi paling awal atau pertama kali disebut adalah pada tahun 1688 oleh Sultan Mahmud Syah II.
Berdasarkan peristwa dan tarikh-tarikh itu (1528, 1623, dan 1688), tahun 1688 ialah tarikh yang wajar diterima sebagi tarikh Kota Tinggi dibuka dan lokasi berkenaan terletak dalam Kampung Makam.
Senarai Ibu Kota Johor Lama
rujukan