Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1528) merupakan Sultan
Melaka ke-8 dan terakhir, ialah anak Paduka Sri Sultan Alauddin Riayat Shah. Baginda
mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya ialah
1) Tun Kecil, anak Tun Bendahara Melaka
2) Onang Kening, anak Raja Muhammad (dari Pahang)
3) Tun Fatimah (dari Pahang)
4) Tun Teja.
1) Tun Kecil, anak Tun Bendahara Melaka
2) Onang Kening, anak Raja Muhammad (dari Pahang)
3) Tun Fatimah (dari Pahang)
4) Tun Teja.
Tun Teja Ratna Benggala nama
penuhnya, anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika
pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan
Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. Tun Teja dikatakan terlalu elok rupa
parasnya dan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang.
Khabar kecantikan Tun Teja hingga
ke pengetahuan Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya
yang pertama, Tun Kecil. Baginda telah menghantar utusan peminangan ke Pahang
namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja.
Hang Tuah telah membuat pakatan
untuk membawa Tun Teja ke Melaka melalui jalan laut. Sesampai di Melaka, Tun Teja diarak dengan
gajah ke balairung seri istana Melaka. Tun Teja terperanjat kerana
dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah, walhal kedatangannya ke Melaka adalah
untuk mengahwini Hang Tuah. Namun setelah diberi sirih jampi oleh Hang Tuah,
Tun Teja melupakan Hang Tuah dan akhirnya mengahwini Sultan Melaka, manakala
Hang Tuah telah diampuni oleh Sultan Melaka dan dijadikan Laksamana.
Pada tahun 1511 Portugis
menyerang Melaka. Oleh kerana serangan bertambah hebat, pembesar-pembesar telah
menasihatkan Sultan Mahmud berpindah ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara
yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Padawaktu itu Sultan Mahmud thelah
menyerahkan kerajaannya kepada anaknya Sultan Ahmad.
Ketika di Istana Kayu Ara, Tun
Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita
Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada
sultan. Sultan telah diminta mengundurkan diri ke Bentayan (Muar).
Pada waktu iru Tun Teja sangat
gering, Sultan Mahmud telah memerintahkan orang-orangnya menyediakan tandu
untuk menandu Tun Teja ke Bentayan. Dari Bertam Sultan Mahmud dan
pengikut-pengikutnya telah bergerak ke Batu Hampar. Bersama-sama Sultan Mahmud
ialah Seri Nara Diraja Tun Hamzah (Penasihat Raja) dan Sang Sura (Ketua
Angkatan Perang). Selain dari itu ialah isteri-isteri, kaum kerabat diraja,
pebesar-pembesar lain dan pengikut setianya. Dari Batu hampar mereka
dipercayai, berundur memalui Bukit Katil, Duyung, Teluk Mas, Serkam, Umbai dan
ke Merlimau. Sepanjang jalan merentas hutan dan denai mereka sampai di satu
kawasan tidak jauh dari pantai.
Kemangkatan Tun Teja.
Mengikut sumber sejarah
“Setelah beberpa hari berjalan
menuju ke Muar, pada pada satu tempat yang tidak jauh dari tepi pantai, lalu dengan perintah Sultan Mahmud, angkatan itu
berhenti disitu. Baginda menyuruh membuat tempat perhentian. Katabaginda kepada
Sang Sura dan Seri Nara Diraja, berjaga- jagalah kita di sini sehari dua, beta
rasa dinda beta Tun Teja harus telah sampai saatnya.”
Kawasan yang di maksudkan itu
ialah kawasan Pengkalan Samak, Merlimau yang sekarang. Di kawasan inilah angkatan
Sultan Mahmud singgah sebelum meneruskan perjalanannya ke Muar. Kawasan ini
terletak berhanlir dengan laut. Dahulu kira-kira 20-30 meter sudah sampai ke
tepi pantai. Kini pantai sudah jauh ke laut, kira-kira 100 meter dari Pengkalan
Samak. Kampung ini disebut sebagai Kampung MENTEJA.
No comments:
Post a Comment